Tuesday, July 2, 2024

Sahabah Muhajirin - Uthman bin Maz'un (d.625M)


Nama Uthman bin Maz'un, ada yang eja Uthsman Mazh'un, adalah sahabat Nabi Muhammad SAW di kalangan kaum Muhajirin. Nama beliau disebut dalam beberapa tempat dalam tafsir. Contohnya dalam Tafsir Hamka J7 page42. Tafsir tersebut menyebut bahawa setelah turun larangan minum arak (khamr) maka Uthsman Mazh'un merupakan orang pertama meninggalkan khamr, Al-Maidah ayat 90.

Uthman bin Maz'un juga mendapat sanjungan Nabi dimana ada hadith bahawasanya Nabi SAW melakukan solat jenazah ke atas Uthman bin Maz‘un. Dan juga ketika kebumian beliau Nabi sendiri meletak seketul batu sebagai tanda kuburnya.

Banyak kisah mengenai Uthman bin Maz'un. Beliau turut dalam rombongan berhijrah mencari perlindungan di Habsyah; berkahwin dengan Khawlah binti Hakim; sahabah yang mahu melaku kasi semacam mana biara Kristian; jenazah sahabat muhajirin yang pertama makam di Baqi'. (Baca wiki - link).

Petikan :

Tatkala Uthman bin Maz‘un meninggal dunia dan dikebumikan, nabi SAW memerintahkan seorang lelaki untuk membawakan kepadanya seketul batu. Akan tetapi dia tidak mampu untuk membawa batu tersebut. Maka, Nabi SAW bangun dan menyinsingkan kedua lengannya (lalu pergi ke batu itu), kemudian Baginda membawa batu tersebut dan meletakkannya di sisi kepala jenazah itu (pada kuburnya). Baginda bersabda: ‘Supaya aku mengetahui dengan tanda ini akan kubur saudaraku dan mengebumikan di sisinya, mereka yang mati daripada kalangan keluargaku.’

Baca ' Uthsman bin Maz'un'. maktabahalbakri dot com - link.

Asbabun Nuzul ayat 90 Al-Maidah boleh baca sini - link.


- - - - -

No comments:

Post a Comment