Lepas solat Jumaat tadi berbual sekejap dengan rakan jemaah sama taman. Rakan nama Pak Soetikno. Beliau berasal dari Indonesia namun sudah puluhan tahun berkhidmat di Malaysia. Beliau juga telah mendapat kerakyatan Malaysia. Dalam bualan tadi beliau memaklum seorang anak lelakinya mendapat tawaran kerja di Sweden.
Pak Soetikno memaklum anak beliau akan berangkat bekerja kat kota Gothenburg Sweden. Jarak Gothenburg adalah sekitar 470 kilometer dari Stocholm. Kalau memandu kereta lebih lima jam. Kalau naik tren lebih cepat sekitar tiga jam setengah.
Pak Soetikno menyambung bualan kota Gothenburg terkenal dengan industri kenderaan Volvo. Pak Soetikno memaklum konglomerat Volvo kini majoriti sahamnya dimilik oleh Syarikat Geely China. Hebat Geely ni banyak syarikat kereta merata dunia yang mereka punya pegangan - Proton (Malaysia), Renault Korea, dan Volvo.
Sempatlah saya ke Gothenburg Sweden lepas solat Jumaat tadi.
Bangunan World of Volvo, Gothenburg
- - - - -


No comments:
Post a Comment