Buku memulakan dengan menyebut Mesopotamia; Tigris dan Euphrates. Bermakna ketiga-tiga tempat bersejarah ini terangkum dalam wilayah Silk Road. Disebut juga Medes, kelompok ancient people seperti mana orang Mesir (yang juga dikategori ancient people).
Beberapa kota silam di Asia Minor Babylon, Susa dan Persepolis. Juga ada di Asia Minor adalah Oxus River (kini nama Amy Darya) dan Iaxartes River (kini Syr Darya).
Boleh juga kaji tentang Behistun Inscription. Dinding batu yang diukir serta tertulis tiga tulisan tua. Tulisan Persian silam (Old Persian), Elamite dan Akkadian (atau dikenali juga Babylon). Behistun disebut juga berbagai nama lain seperti Bisotun. Wujud sekitar 520 BC iaitu era tokoh Darius (550-486 BC). Beliau merupakan Raja yang mengetuai Achaemenid Empire. Pusat pemerintahannya Pasargadae, sebuah lokasi kini di Iran (90 km dari kota Shiraz).
Behistun kini menjadi WHS unesco. Lokasi kini di Kermanshah, Iran.




No comments:
Post a Comment