Pagi ini minum pagi dengan teh Azerbaijan jenama Azercay. Teh hadiah dari seorang rakan yang baru ini melawat Azerbaijan. Sedap teh jenama Azercay ini (Azerbaijan Chai). Orang Azerbaijan lebih gemar menyebut teh sebagai chai. Selepas itu amik masa sedikit cari info mengenai bisnes dan budaya teh Azerbaijan.
Teh Azerbaijan merupakan produk ladang teh yang banyak terdapat di wilayah Lankaran, Azerbaijan. Budaya minum teh merupakan satu keistimewaan Azerbaijan. Kedai atau kafe teh mereka nama Chaykhana. Teh dihidang dengan cawan atau bekas khas nama Armudu.
Chaykhana is derived from the Chinese word "tea" (chay) and Persian "Khane"(khane) a house or a room. During some centuries, Chaykhana has existed in Azerbaijan, Iran and Central Asia. In Azerbaijan, people drink tea in special glass which is called "Armudu" i.e. pear-shaped.
Lankaran terletak di selatan Azerbaijan betul-betul di tepi Caspian Sea. Caspian Sea bukanlah laut, sebenarnya ia cuma sebuah tasik. Kerana tasik Caspian besar sangat maka panggil nama Caspian Sea. Caspian Sea sangat bermakna kerana dengan adanya tasik tersebut negara Azerbaijan, Kazakhstan, Turkmenistan dapat punyai kawasan tadahan air. Tanpa Caspian Sea negara-negara tersebut jadi land locked countries sebagaimana Tajikistan, Armenia, Poland, dan lainnya.
No comments:
Post a Comment