Ramai kita pasti kenal atau pernah dengar nama Alexander the Great, Aristotle dan Ptolemy. Sebetulnya bila sebut Ptolemy bukanlah seorang. Ada dua orang nama Ptolemy - Ptolemy I Soter dan anak beliau Ptolemy II Philadelphus. Bagi melengkapkan bicara saya masukkan satu lagi nama tokoh iaitu Demetrius of Phalerum.
Siapakah mereka? Kita mungkin pernah membaca nama setiap mereka. Namun mungkin tak ramai kita yang tahu perkaitan antara semua tokoh tersebut. Sebetulnya kesemua mereka hidup pada zaman yang sama.
Alexander the Great (365-323 BC); Aristotle (384-322 BC); Ptolemy I (367-283 BC); Demetrius of Phalerum (350-280 BC) dan Ptolemy II (308-246 BC).
Saya kutip semua nama berkenaan dari buku bertajuk Papyrus. Buku yang menceritakan sejarah penulisan buku ketika zaman silam. Papyrus adalah helaian untuk menulis buku sebelum ada kertas. Buku yang sama mencerita tentang sejarah penubuhan Librari Alexandria. Librari yang banyak menyimpan buku dari papyrus. Librari Alexandria juga dikategori sebagai antara yang tertua di dunia.
Alexander the Great pernah menjadi anak murid kepada Aristotle. Alexander the Great juga pernah menakluki Mesir dan membangun kota Alexandria di Mesir. Ptolemy I pernah berkhidmat di bawah Alexander the Great dan menjadi penguasa kota Alexandria selepas kematian Alexander the Great.
Demetrius of Phalerun juga pernah menjadi anak murid Aristotle. Beliau dijemput datang ke Alexandria oleh Ptolemy I. Demetrius dilantik oleh Ptolemy I untuk bertugas sebagai ketua Librari Alexandria. Manakala Ptolemy II menyambung tugas bapanya (Ptolemy I) sebagai penguasa kota Alexandria dan menerus usaha membangun Librari Alexandria bersama Demetrius.
Buku Papyrus
- - - - -
No comments:
Post a Comment