Friday, August 22, 2025

Uganda Airlines


Kenapa Uganda Airlines?

Semasa berada di Dubai Airport duduk sekejap kat sebuah kafe sambil memerhati kapal apa yang ada. Nampaklah sebuah pesawat Uganda Airlines sedang bergerak untuk perlepasan. Nak berlepas balik ke Uganda kot. Dari Dubai ada penerbangan ke Entebbe. Penerbangan yang amik masa lima jam setengah. Harga tambang bermula dari USD400 sehala.

Uganda Airlines tidak beroperasi di Klia. Maka kita tak akan jumpa kapal terbang mereka kat Klia. Untuk route Asia Uganda Airlines hanya terbang ke Dubai, Jeddah, Mumbai dan Guangzhou.

Kat setiap pesawat Uganda Airlines terpampang bendera Uganda. Apa yang kita nampak kat bendera Uganda? Ada burung kat bendera tersebut. Burung yang menjadi burung kebangsaan atau burung nasional Uganda. Burung nama Crested Crane. Oleh kerana burung tersebut warna grey maka ada yang menamakannya Grey Crested Crane.


Uganda Airlines


- - - - -


No comments:

Post a Comment