Tuesday, February 24, 2026

Game Scrabble dan Scarabeo


Bacaan ringan hari ini - Scrabble dan Scarabeo Itali

Kita biasa dengar game nama Scrabble. Game menguji kita tentang perkataan dan ejaan. Scrabble memang  popular di merata tempat. Sampai ada Scrabble dalam versi berbagai bahasa.

Kalau kat Korea mereka panggil Raon. Kat Russia panggil Slovodel. Kat Sweden pulak panggil Alfapet. Versi bahasa Arab pun ada. Bahasa Perancis pun ada. Bagi versi Arab dan Perancis mereka kekalkan nama Scrabble.

Game Scrabble diperkenal pada 1931. Mulanya nama Lexico kemudian nama Criss-Cross Words. Nama tukar kepada Scrabble pada 1948.

Scrabble versi Itali pula nama Scarabeo. Game Scarabeo femes kat Itali hinggakan diguna sama sebagai nama produk fountain pen. Sebuah syarikat pen Itali nama Montegrappa mengeluar produk fountain pen jenama Scarabeo. Produk yang dilancarkan pada Jun 2023.

Produk tersebut dijual sempena sambutan ulang tahun ke-60 Scarabeo di perkenal di Itali. Game Scarabeo mula diperkenal pada tahun 1963. Fountain pen Scarabeo sangat eksklusif. Sebanyak tiga ratus batang fountain pen saja ada di pasaran. Sebatang pen Scarabeo berharga Euro2,500.


Montegrappa Scarabeo Fountain Pen


- - -


Scarabeo Montegrappa


- - - - -

No comments:

Post a Comment