Friday, August 6, 2021

Pelaporan Politik Melayu Dalam Warta Negara 1945

 

Akhbar Warta Negara mula terbit pada September 1945. Pada awal era penerbitan akhbar ini – ia telah dimiliki oleh saudara Ahmad Jailani, iaitu merupakan bekas pekerja akhbar Penang Shimbon. Setelah tamatnya Perang Dunia Kedua pada 2 September, beliau telah membeli peralatan percetakan Jepun, bermula dari detik itu – beliau memulakan langkah penerbitan akhbar Warta Negara. Tindakan itu bagi mengisi permintaan rakyat Tanah Melayu yang ingin mengetahui isu semasa seperti masalah darurat dan tuntutan kemerdekaan. Malah, antara slogan yang sering digarapkan pada penerbitan akhbar ini adalah Akhbar Dari Rakyat Untuk Rakyat.

Ada sebuah tesis "Politik Melayu daripada perspektif Warta Negara 1945" dikemuka sebagai MA pada 2005. Kandungan tesis adalah;

Latar belakang dan perkembangan persuratkhabaran Melayu di Tanah Melayu; Reaksi orang Melayu terhadap Malayan Union seperti yang digambarkan oleh Warta Negara; Kongres Melayu SeMalaya 1946 sebagai satu usaha ke arah penyatuan politik Melayu; Pandangan Warta Negara terhadap Umno sebagai wadah perjuangan politik Melayu menentang Malayan Union 1946; Kesimpulan.

Sumber: repo um - link.

Baca "Penerbitan akhbar Warta Negara pertama - 3 September 1945". rggt 2020 - link.

Akhbar Warta Negara

- - - - -

No comments:

Post a Comment