Thursday, August 12, 2021

Umno 1948-1955

 

Sebuah artikel tentang period awal penubuhan umno hingga menjelang pilihanraya, 1948-1955, ditulis oleh pelajar sejarah ukm pada 1971. Artikel bertajuk Umno 1948-1955 terbit dalam jurnal jebat 1971/72. Tahun 1948 merupakan period tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu oleh British sebagai mengganti Malayan Union yang gagal setelah mendapat tentangan hebat khususnya oleh Umno.

Pergolakan Umno berlaku bila mana Dato' Onn ingin membuka keahlian kepada kaum bukan Melayu. Dato' Onn akhirnya keluar parti dan menubuh IMP pada 1951. Tunku mengetuai Umno mengganti Dato' Onn bermula Ogos 1951. Umno bersama MCA menang besar dalam pilihanraya majlis tempatan Kuala Lumpur pada Feb 1952. Sebelum pilihanraya tersebut diadakan Sir Henry Gruney mati ditembak oleh Komunis. Beliau merupakan pendokong penubuhan parti berbilang kaum IMP. Pada 1955 Perikatan Umno MCA dan MIC menang besar pilihanraya umum dengan menang 51 dari 52 kerusi yang dipertandingkan. Umno bertanding 35 kerusi, MCA 15 dan MIC 2 kerusi. Manakala bilangan pengundi 84% Melayu, 11% Cina dan 0.7% India. Umno sangat bermurah hati mengalah kepada MCA dan MIC di segi pembahagian kerusi.

DECTAR Bangi sekitar 1978-80

sumber: sejarah bangi 1970-1979 (link)

- - - - -


No comments:

Post a Comment