Thursday, January 13, 2022

Masjid Mindanao Sumbangan Brunai

Sebuah masjid di Mindanao telah dibina melalui dana sumbangan Sultan Brunai. 

Info m/surat 42 buku Filipina (link) menyebut Islam tiba di Pulau Sulu melalui usaha mubaligh Arab bernama Makhdum Ibrahim al-Akhbar. Ada juga yang menyebut Islam Sulu dibawa oleh Sharif al-Hashimi. Beliau adalah pedagang dan pendakwah Arab yang berkahwin dengan anak pemimpin Jolo. Beliau kemudiannya adalah Sultan Sulu pertama. Manakala Islam di Pulau Mindanao pula hasil usaha Syarif Muhammad Kabungsuan. 

Sebelum jatuh ke tangan Sepanyol Manila berada di bawah kerajaan Islam pimpinan Raja Sulaiman. Pelayar terkenal Sepanyol Magellan dikatakan tiba di Filipina pada 1521. Pada 1543 seorang lagi ahli pelayaran Sepnyol bernama Ray Lopez de Villabes datang ke Filipina. Beliau menamakan Filipina iaitu berasas kepada nama Raja Phillip II yang memerintah Sepanyol ketika itu.

Baca "The grand mosque in the land of promise, Cotabato City". traveller 2017 - link.

"Brunai-funded grand mosque to open soon". mindanews 2011 - link.

 


Grand Mosque Mindanao

source: makoysworld - link

Sebuah lagi info menarik - link.

- - - - -

No comments:

Post a Comment