Buku Ensiklopedia Islam DBP memuat entri mengenai Aziz Saud di m/surat12. Nama penuh beliau ialah Abdul Aziz bin Abdur Rahman bin Faisal as-Saud. Beliau lahir pada Nov 1880 di Riyadh dan mangkat pada Nov 1953 di Taif. Aziz Saud merupakan raja pertama Arab Saudi di kalangan kelurga Saud. Moyang beliau bersahabat rapat dengan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab (yang juga pengasas aliran Wahabi). Ayah beliau lari meninggalkan istana Riyadh pada 1892 apabila kalah kepada Ibn Rasyd. Semasa dalam pelarian mereka mendapat perlindungan Raja Kuwait.
Pada 1901 Aziz Saud berjaya mendapat semula Riyadh dan mengusir pemerintah Rasyd. Berikutnya Aziz Saud terus menyerang pasukan Rasyd yang masih ada. Rasyd juga mendapat dokongan dan bantuan Ottoman pimpinan Sultan Abdul Hamid. Pada 1921 Aziz Saud berjaya membunuh Rasyd dalam serangan di Kampung Mubranna.
Masjid Jawatha s
sebuah masjid tua di Saudi bina pada 629M (wiki)
Baca "Jawatha Mosque". travel adventures - link.
"Masjid Jawatha simpan kisah rahsia tentang hajar aswad". dream co id - link.
"A look at the historical mosque". alarabiya news - link.
- - - - -
No comments:
Post a Comment