Thursday, December 28, 2023

Media Al-Asyariah vs Salafiyah


Sambungan catatan bacaan:

Antara saluran media yang digunakan oleh gerakan al-Asya`irah untuk menyerang pemikiran gerakan Salafiyyah contohnya, seperti majalah Milenia, seminar Ahli Sunnah wal Jamaah yang bermotokan: ”katakan tidak pada wahabi”, laman sesawang seperti alsubki2.blogspot.com, salafiwahhabi.blogspot.com, alghari.blogspot.com, yayasansofa.com dan lain-lain lagi.

Sementara saluran media gerakan Salafiyyah seperti Majalah i, Seminar Ahli Sunnah wal Jamaah Golongan Tauladan, Seminar Antarabangsa Mengenai Syeikh Muhammad `Abdul Wahab, laman-laman sesawang seperti hafizfirdaus.com, alnidaa.com, drmaza.com dan lain-lain lagi.

Antara tokoh yang terlibat dalam pertentangan antara dua gerakan ini secara terbuka di Malaysia ialah Muhammad Uthman El-Muhammady, Ustaz Zamihan al-Ghari, Ustaz Haji Mahfuz Bin Muhammad al-Khalil, Ustaz Hj. Ahmad Hafiz Bin Hj. Muhammad Alwi, Fuad Kamaluddin al-Maliki dan lain-lain lagi yang mewakili gerakan alAsya`irah.

Sementara golongan yang mempelopori gerakan Salafiyyah ialah nama-nama seperti Dr. Abdullah Yasin, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Dr. Azwira Abdul Aziz, Hafiz Firdaus Abdullah dan lain-lain lagi yang mewakili gerakan Salafiyyah.

Roti Paris Baguette - Jeju

- - - - -

No comments:

Post a Comment