Thursday, December 21, 2023

Ulama Pendokong Al-Asya'irah


Catatan bacaan artikel (link).

Gerakan al-Asya`irah ialah golongan sunni yang dinisbahkan kepada pengasasnya, iaitu Abu Hasan al-Asy`ari (874 – 936M). Mereka muncul dalam masyarakat Islam pada awal kurun keempat Hijrah. Pendekatan yang mereka ambil ialah memurnikan hubungan antara nas dan akal, seperti yang digambarkan oleh Imam al-Ghazali, nas itu ibarat cahaya matahari dan akal pula seumpama mata yang sempurna. Gerakan al-Asya`irah menjadikan akal sebagai khadam kepada nas dan tidak menjadikan akal sebagai hakim yang menentukan segala-galanya, seperti golongan Mu`tazilah

Tokoh-tokoh besar yang menjadi pengikut gerakan al-Asya`irah adalah alBayhaqi (994–1066), al-Ghazali (1058-1111), Ibn `Asakir (1106-1175), Fakhr al-Razi (1150-1210), al-Qurtubi (1214-1273), al-Nawawi (1234-1278), Ibn Hajar al-`Asqalani (1372-1448), al-Suyuti (1445-1505) dan lain-lain lagi. 

Sementara tokoh-tokoh masa kini seperti Dr. Muhamad Hasan Hitu, Dr. Muhamad Sa`id Ramadan al-Buti, Dr. `Ali Juma`ah, Dr. Wahbah al-Zuhaili dan lain-lain lagi.

Gerai jualan Jeju

- - - - -

No comments:

Post a Comment