Friday, August 6, 2021

Pelaporan Politik Melayu Dalam Warta Negara 1945

 

Akhbar Warta Negara mula terbit pada September 1945. Pada awal era penerbitan akhbar ini – ia telah dimiliki oleh saudara Ahmad Jailani, iaitu merupakan bekas pekerja akhbar Penang Shimbon. Setelah tamatnya Perang Dunia Kedua pada 2 September, beliau telah membeli peralatan percetakan Jepun, bermula dari detik itu – beliau memulakan langkah penerbitan akhbar Warta Negara. Tindakan itu bagi mengisi permintaan rakyat Tanah Melayu yang ingin mengetahui isu semasa seperti masalah darurat dan tuntutan kemerdekaan. Malah, antara slogan yang sering digarapkan pada penerbitan akhbar ini adalah Akhbar Dari Rakyat Untuk Rakyat.

Ada sebuah tesis "Politik Melayu daripada perspektif Warta Negara 1945" dikemuka sebagai MA pada 2005. Kandungan tesis adalah;

Latar belakang dan perkembangan persuratkhabaran Melayu di Tanah Melayu; Reaksi orang Melayu terhadap Malayan Union seperti yang digambarkan oleh Warta Negara; Kongres Melayu SeMalaya 1946 sebagai satu usaha ke arah penyatuan politik Melayu; Pandangan Warta Negara terhadap Umno sebagai wadah perjuangan politik Melayu menentang Malayan Union 1946; Kesimpulan.

Sumber: repo um - link.

Baca "Penerbitan akhbar Warta Negara pertama - 3 September 1945". rggt 2020 - link.

Akhbar Warta Negara

- - - - -

Tuesday, August 3, 2021

Caturan Politik Pelbagai Kaum Tanah Melayu 1946-1957

 

Chinese tea korea version

Ishak Saat banyak menulis sejarah perjuangan politik orang Melayu menentang penjajahan British. Antaranya adalah "Caturan politik pelbagai kaum di Tanah Melayu 1946-1957". Abstrak artikel Isak Saat menyebut bahawa;

Kematangan  dan  keterbukaan  berpolitik orang Melayu bermula dengan jalinan kerjasama Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA)  dengan  All  Malayan  Council  of  Joint  Action  (AMCJA)  pada  tahun  1947. Toleransi berpolitik ini berjaya melahirkan Perlembagaan Rakyat. Namun cadangan  ini  ditolak  oleh British  kerana  ia  diajukan  oleh  golongan  radikal. Kemudian lahir pula kerjasama politik kumpulan moderate iaitu United Malayan National  Organization  (UMNO)  dengan  Malayan  Chinesse  Asociation  (MCA) yang lebih dikenali dengan panggilan  PERIKATAN pada tahun 1949. Kemudian menjelang  merdeka  lahir  lagi  satu  bentuk  kerjasama  politik  iaitu  SOCIALIST FRONT  dalam  kalangan  golongan  radikal  tetapi  menemui  kegagalan.  Walau  apapun,  kerjasama  politik  ini  membuka  mata  British  bahawa  orang  Melayu  dan  bukan Melayu boleh bekerjasama dan bertoleransi dalam politik demi memenuhi cita-cita  perjuangan  kemerdekaan.

PUTERA merupakan gabungan antara PKMM, API, AWAS, Hizbul Muslimin, dan KRIS. PUTERA dipimpin oleh Dr Burhanudin Helmi sebagai peneraju utama. AMCJA pula dipengerusi oleh Tan Cheng Lock.

Sumber: jebat - link.

Persoalan mengenai sejarah cadangan perlembagaan

Baca In 1947, Malaya almost adopted a completely different Federal Constitution". ask legal - link. 

- - - - -

Friday, July 30, 2021

Penglibatan Politik Melayu Dalam PKM

 

Baca artkel "Penglibatan politik orang Melayu dalam PKM. Artkel 23 m/surat kajian uum. Artikel dimuat dalam sebuah buku "Kenegaraan Malaysia" terbitan PTS.

Sumber asas: uum - link.

Pintu masuk utama kampus UUM

- - - - -

Tuesday, July 27, 2021

Parti Kiri PKMM


Laman tahutuai memuatkan sebuah artikel "Pertubuhan politik kiri Melayu 1938-40an". Salah satu parti kiri adalah PKMM. Antara tokoh pengasasnya adalah Dr Burhanuddin, Pak Sako, Zulkfili Ownie, Muhammad Tah, Dahari Ali, Boestamam dan Jalaluddin Hamzah.

Bebarapa catatan sejarah mengenai PKMM masih boleh dibaca di laman fb pkmm - link.

pkmm juga boleh dibaca - kibarpanji - link.

Barisan pemgasas PKMM

sumber: tahutuai - link.

- - - - -

Friday, July 23, 2021

Laman Bacaan Sejarah.

 

Beberapa laman online yang meyimpan bahan bacaan tajuk-tajuk sejarah;

pusat sejarah rakyat - link.

lela rentaka. e.g., baca kongres pertama awas - link.

frommyownview bspot. e.g., parti pkmm - link.

laksamana pencak pertiwi wp. eg., awas perak 1947 - link.

dr hatta ramli menulis tentang pkmm - fb link.

orang kata dot my. "politik perkauman membuat kita lemah" - link.

Baca "malaysian political engagement 1945-2013". ishak saat upsi 2019 - link.

"deraf perlembagaan rakyat 1947". upsi - link.

Sebuah museum di Jogjakarta

Dua puluh museum di jogja - link

- - - - -

Tuesday, July 20, 2021

Putera dan AMCJA

 

Pagi ini membaca sebuah artikel sejarah tulisan Ishak Saat. Beliau menulis mengenai percubaan menubuh politik rentas kaum pada zaman sebelum merdeka. Antara percubaan tersebut adalah oleh Putera dan AMCJA. 

Putera adalah singkatan kepada Pusat Tenaga Rakyat iaitu satu gabungan parti orang Melayu. Putera menggabungkan PKMM, API, Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Hizbul Muslimin, dan Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS). ditubuh pada 1947 dipimpin oleh Dr Burhanuddin Al-Helmy yang pada ketika itu juga merupakan peminpin PKMM.

AMCJA pula diasas pada Disember 1946 iaitu lebih awal dari Putera. Ia berasal dari Council of Joint Action oleh Malayan Democratic Union, sebuah parti yang ditubuh di Singapura pada 1946. CJA dikembangkan ke Tanah Melayu  dan diberi nama All Malayan Council of Joint Action (AMCJA) dipimpin Tan Cheng Lock.

Putera dan AMCJA bergabung pada 1947 dan antara perjuangan awal mereka adalah menentang cadangan British menubuh Malaysan Union. Gabungan Putera-AMCJA juga mencadang perlembagaan yang dinama Perlembagaan Rakyat. Cadangan perlembagaan mereka ditolak oleh British kerana yang dituntut sama adalah kemerdekaan Malaya. 

Putera-AMCJA mengguna akhbar Suara Rakyat bagi menyebar semangat dan matlamat perjuangan mereka. 

Baca "Peranan politik akhbar Suara Rakyat 1945-1948". usm 2010 - link.

"Aliran kiri dalam politik perkauman Malaya/Malaysia 1955-1969". jebat 1988 - link.

"Sejarah dan dasar perjuangan Keadilan". Terbitan 34 m/surat - link.

"Semangat perjuangan Melayu". Artikel olah Zainal Abidin Wahid,  ukm1977 - link.

Sebuah museum di Indonesia

Baca "Tujuh museum tertua Indonesia". popmama - link.

- - - - -

Wednesday, July 7, 2021

Penghujung Politik Asri Muda

Datuk Asri Muda adalah pemimpin parti PAS yang membawa parti tersebut menyertai Barisan Nasional ketika Tun Razak menjadi ketua politik negara. Sejak itu Pas berdepan dengan kritik dan protes sesama ahli parti sendiri. Pergolakan dalam Pas menyebabkan Asri juga menghadapi tentangan dan berakhir dengan perletakan jawatan sebagai Presiden Pas. Beliau mengumum akan berundur dari jawatan pada Oktober 1982 bila mana kumpulan ulama mula menguasai pimpinan Pas.

Berikutnya pada penghujung Januari 1983 keahlian Asri dalam Pas telah digantung. Tindakan tersebut diambil kerana beliau kerap menyuara bantahan dan menyerang para pemimpin parti. Selanjutnya pada Febuari 1983 Asri Muda telah dibuang dari parti. Jawatan Presiden parti dipegang pula oleh Ustaz Yusuf Rawa.

Asri Muda kemudiannya bertindak menubuh parti baru - Hizbul Muslimin Malaysia (HAMIM). Beliau membawa HAMIM menyertai BN dan bertanding dalam pilihanraya 1986 di Kelantan. Namun HAMIM tewas. Parti HAMIM terus tidak mendapat sambutan dan berakhir dengan pembubarab pada 1988. Asri akhirnya menyertai Umno dan mengajak bersama pengikut beliau. Namun ahli Hamim lain tidak bersetuju maka cuma Asri saja yang menyertai Umno.

Pada 1991 Asri Muda telah dianugerah Tokoh Ma'al Hijrah negara. Beliau meninggal dunia pada 1992.

Baca juga "Dato' Asri - Presiden Pas pertama yang disingkir oleh ahlinya". cili sos - link.

 

Sebuah buku tentang Asri Muda 

Terbitan UKM edisi kedua 2016 (link)

- - - - -